TERKINI: Ketua Pemuda Parti AMANAH Kritikal Positif COVID-19

 TERKINI: Ketua Pemuda Parti AMANAH Kritikal Positif COVID-19
Advertisement
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin agak kritikal dan lemah akibat positif COVID-19.
Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, status Shazni Munir kini pada tahap empat.
“Kami juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif COVID-19.
Advertisement
“Buat masa ini, mereka sedang menjalani kuarantin wajib di rumah sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Asim Abdullah berkata, pihaknya turut memohon doa dan sokongan daripada semua agar keadaan Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) segera pulih.
Advertisement
“Pada masa sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus kepada isteri beliau,” katanya.
Advertisement
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN:Ketua Pemuda Amanah kritikal positif COVID-19
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *