Advertisement
Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kerajaan campuran termasuk dalam kalangan parti Bumiputera dan parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem, menyebabkan ada pihak yang berasa tercabar.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia lebih-lebih lagi apabila kerajaan PN menunjukkan perubahan positif (kebaikan) dalam pentadbiran berbanding kerajaan terdahulu.”Maka sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara.
Advertisement
Advertisement
“Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir-anasir perosak yang berpakat untuk menyingkirkan Islam dalam negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Advertisement
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman anasir luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.