Advertisement

Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac Covid-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima berbanding 3.3 peratus pada dos kedua terhadap varian yang dibimbangi (VOC), termasuk Omicron.

Jurucakap Sinovac Biotech Ltd Pearson Liu dalam kenyataan dikeluarkan Pharmaniaga Berhad pada Sabtu berkata, penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi Covid-19.

Advertisement

“Ketika dunia sedang berusaha memerangi kemunculan varian baharu Covid-19, hasil penyelidikan ini menyokong regimen imunisasi tiga dos bagi memastikan perlindungan yang lebih baik terhadap Covid-19, sekali gus ia selari dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan tempatan di seluruh dunia bagi semua jenis vaksin Covid-19,” katanya.

Advertisement

Pharmaniaga adalah pembekal tunggal vaksin Sinovac di Malaysia.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, penyelidikan tersebut yang dikongsikan di jurnal perubatan bioRxiv, telah dijalankan di China dengan memeriksa tindak balas imun CoronaVac (Sinovac) ke atas 120 peserta.

Dalam penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan peserta yang telah menerima tiga dos CoronaVac, para penyelidik mengasingkan 323 antibodi monoklonal manusia (antibodi yang dibuat dengan mengklonkan sel darah putih yang unik), yang menyasarkan pelbagai kawasan virus bagi pembunuhan yang berkesan.

Advertisement

Kenyatan itu menyebut daripada 323 antibodi tersebut, lebih 300 antibodi menunjukkan aktiviti pembunuhan yang memadai ke atas kebanyakan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI), dan penyelidikan juga menunjukkan majoriti antibodi tersebut mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor (RBD) Omicron.

Advertisement

Ia menambah kira-kira sedozen antibodi menunjukkan kesan peneutralan langsung dan sangat kuat untuk varian Omicron, dengan antibodi tersebut melaksanakan peneutralannya dengan menyekat secara terus interaksi antara virus dan sel manusia.

“Ini membuktikan bahawa dos penggalak vaksin Sinovac Covid-19 akan mengaktifkan sel T terhadap varian Omicron, dengan cara yang sama dengan strain asal,” menurut kenyataan itu.

Pharmaniaga Berhad ialah syarikat farmaseutikal terkemuka milik kumpulan syarikat Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang kedua-duanya merupakan pemegang saham utama. – Bernama

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.