Advertisement
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa hubungan parti itu dengan Pas ketika ini adalah dalam keadaan baik.
Tambahan pula, Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Pas merupakanm salah sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
Parti Islam itu juga dianggap setara dengan parti-parti lain.
“Alhamdulillah hubungan dalam PN adalah satu hubungan yang mesra dan sama adil untuk semua pihak.
“Jadi, banyak parti tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh PN.
“Seperti mana yang ditegaskan oleh Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) iaitu tawaran politik baharu. Fokus kita adalah berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada sesi Dialog Penerangan Bersatu Malaysia di sini hari ini.
Advertisement
Jelas beliau lagi, Bersatu kekal menghormati kerjasama yang terjalin antara parti dalam PN dan sentiasa terbuka untuk menerima minat daripada parti-parti lain.
Setakat ini, PN dianggotai oleh Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Air (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
Terdahulu, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding secara sendirian meskipun terpaksa berdepan dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Advertisement
Tengku Razaleigh juga yakin BN mampu mencipta kemenangan meskipun bergerak sendirian sekiranya Pas memutuskan kekal bersama PN.
PAU 2020 | Menteri, Timbalan Menteri UMNO digesa tarik diri
Dalam perkembangan sama, Wan Saiful berkata PN juga yakin mampu menawan Selangor pada pilihan raya akan datang.
Keyakinan itu katanya bersandar kepada persediaan dan gerak kerja yang giat dilakukan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Advertisement
“Di Selangor kita yakin bahawa kita ada kekuatan yang mencukupi untuk memastikan bahawa kita boleh mengambil alih kerajaan negeri Selangor.
“Dari segi persediaan kita di PN dan Bersatu itu sendiri, persediaan kita telah berlaku untuk sekian lama.
“Jadi saya rasa di Selangor ini peluang kita amat cerah untuk mengambil alih dan kita yakin dengan pelbagai program yang dianjurkan, baik parti kita (Bersatu) di peringkat negeri dan parti serta kerajaan di peringkat Persekutuan,” jelasnya lagi.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.