TERKINI: Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat

 TERKINI: Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat
Advertisement

Hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan diperincikan dengan Jawatankuasa Dewan Rakyat dan ketua-ketua whip parti masing-masing. Beliau berkata, ia akan diputuskan pada minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.

Advertisement

“Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama empat jam sehari bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan 2.30 hingga 5.30 petang.

Advertisement

Cadangan untuk 80 ahli Parlimen sama seperti ketetapan bersidang pada tahun lepas. “Macam tahun lepas, daripada 222 ahli Parlimen, hanya 80 sahaja yang boleh masuk. Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan semasa sesi itu berkisar kepada isu berkait Covid-19.

Advertisement
Advertisement

“Kita beri ruang kepada ahli Parlimen untuk bertanya soalan, cuma usul mengenai persidangan secara hibrid tidak dibuat kerana kita boleh bersidang secara biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini pada Ahad.

Advertisement

 

Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mencadangkan setiap sesi persidangan dihadiri seramai 44 ahli Parlimen kerajaan dan 36 ahli Parlimen pembangkang. “Setiap sesi ada 80 ahli Parlimen. Kita ada sesi pagi dan petang, mereka boleh bertukar-tukar (ikut giliran) tetapi perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, menteri dan timbalan menteri juga perlu mengehadkan jumlah pegawai yang mengiringi mereka kepada dua atau tiga orang sahaja.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *