TERKINI: Gaji Ditahan Jika Belum Suntik Vaksin Covid-19

 TERKINI: Gaji Ditahan Jika Belum Suntik Vaksin Covid-19
Advertisement

Ketua sebuah wilayah di Pakistan memberi amaran akan menahan gaji bulanan penjawat awam yang enggan disuntik vaksin COVID-19.

Ketua Menteri Sindh, Murad Ali Shah, mengumumkan langkah itu selepas bertemu dengan pegawai kesihatan bagi membincangkan kes pertama varian Delta yang dikesan di wilayah itu, merangkumi wilayah kota besar Karachi.

Advertisement

“Mana-mana pegawai kerajaan yang enggan divaksin, gaji mereka tidak akan dibayar pada Julai ini,” katanya dalam Twitter dan memaklumkan arahan berkenaan sudah dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan.

Gelombang ketiga jangkitan di negara itu sudah mulai stabil selepas larangan berhimpun di tempat awam dilaksanakan semalam beberapa minggu, namun wilayah Sindh masih melaporkan jumlah kes yang tinggi sejak wabak itu melanda.

Advertisement
Advertisement

Program inokulasi Pakistan pada awalnya sedikit perlahan tapi kini semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan, dengan lebih 200,000 dos diberikan hampir setiap hari.

Negara miskin itu hanya memberi vaksin sepenuhnya kepada sekitar 2.2 juta orang iaitu hanya sebahagian kecil daripada 220 juta penduduknya.

Kesalahan maklumat dan teori konspirasi mengenai kesan sampingan suntikan vaksin terus menimbulkan kebimbangan di Pakistan.

Pada masa sama, syarat dikenakan bagi pendaftaran vaksin secara dalam talian menjadi halangan kepada rakyat mendapatkan vaksin berikutan ramai yang miskin dan buta huruf.

Advertisement

Mereka yang berada di luar bandar juga menghadapi kesukaran akses ke pusat vaksin yang kebanyakannya terletak di bandar besar.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja di Bank Negara Pakistan, Liaqat Sahi, berkata arahan terbaru mengenai pemotongan gaji itu turut mengelirukan wakil pekerja kerana tidak semua yang enggan disuntik, sebaliknya tiada akses kepada vaksin.

Advertisement

“Ini adalah perintah yang aneh kerana pengambilan vaksin ini dilakukan secara sukarela dan ramai bersedia disuntik vaksin.

“Sebaliknya kerajaan harus… mewujudkan lebih banyak pusat vaksinasi, terutama di kawasan luar bandar,” katanya yang sudah pun mendapatkan vaksin.

Pakistan mencatatkan lebih 850,000 kes jangkitan dan 21,022 kematian, namun dengan ujian pengesanan yang terhad dan sektor penjagaan kesihatan semakin teruk, jumlah jangkitan sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.

Minggu ini, Pakistan mula memberikan vaksin, kebanyakannya dibekalkan negara jirannya, China, untuk semua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *