TERKINI: Cadangan Buka Masjid Bagi Jemaah Sudah Divaksin

 TERKINI: Cadangan Buka Masjid Bagi Jemaah Sudah Divaksin
Advertisement

Kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) supaya masjid dibuka kepada jemaah yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin, berkata ia berikutan individu yang sudah melengkapkan dos suntikan vaksin risiko jangkitan lebih rendah.

Advertisement

“Dalam mesyuarat petang tadi, kita membuat cadangan supaya masjid dibuka kepada jemaah yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 tanpa dikenakan had bilangan jemaah.

Advertisement

“Namun, ianya masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) dari segi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sebagainya.

Advertisement
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *