Advertisement

Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak seekor buaya tembaga dianggarkan lebih 200-kilogram yang dikesan di dalam parit berhampiran sebuah Hotel di Lahad Datu, malam tadi.

Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin yang dihubungi pemberita RTM berkata, tindakan menembak buaya berukuran 3 meter setengah itu diambil atas faktor keselamatan orang awam.

Advertisement
Advertisement

Beliau berkata, sebaik menerima aduan kehadiran reptilia terbabit, sepasukan empat anggota yang diketuainya bergegas ke lokasi kejadian dan operasi menembak buaya dilakukan pukul 9.30 malam.

Advertisement
Advertisement

Katanya, buaya berkenaan berjaya ditembak dan mati dengan sekali das tembakan yang dilakukan Renjer Kanan JHL Lahad Datu, Zul Azhan Awang. Buaya terbabit dipercayai tersesat dari laut mencari makan sehingga masuk ke kawasan tersebut.

Advertisement

Operasi yang berakhir pukul 10.30 malam itu turut dibantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.