Advertisement

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih terbuka untuk menyertai gagasan Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh UMNO dan Pas atas dasar mengutamakan kestabilan politik negara.

Advertisement

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, parti itu juga mahu kesatuan sedia ada supaya dikekalkan.

“Sikap kita sentiasa terbuka, sentiasa mendahulukan kebolehan untuk ‘united’ jadi kita amat mengkehendaki kesatuan yang ada, kalau boleh dapat dikekalkan kita nak dikekalkan, jadi kita tak sekali-kali mengatakan kita tak nak bersatu dengan parti-parti lain.

Advertisement

 

“Agenda kita jelas kita nak supaya ada kesatuan dalam politik negara kita supaya boleh bentuk sebuah kerajaan yang stabil dan memastikan kestabilan itu membawa manfaat kepada keseluruhan rakyat.

 

“Fokus kita adalah ‘political stability’ jadi dengan itu kita yakin kita boleh memberi khidmat lebih baik,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini hari ini.

 

Wan Saiful berkata demikian ketika disoal mengenai kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuntut Bersatu tetap dijadikan ahli komponen MN di sebalik penegasan UMNO mahu menamatkan kerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin.

Pada satu sidang media di Marang, Terengganu, Abdul Hadi merujuk kepada perjanjian yang dimeterai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai penglibatan Bersatu dalam MN.

Advertisement

 

“Kita sudah bersetuju (dan) sudah tandatangani. Saya tandatangan, Zahid tandatangan, undang Muhyiddin (ke) dalam MN. Itu perlu dilaksanakan. Saya boleh tunjuk surat,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat MPT yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir tiga jam kemudian itu dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Dalam perkembangan lain, Bersatu menyambut baik kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran bahawa UMNO perlu bersedia mengorbankan sekurang-kurangnya 10 peratus kerusi mereka untuk diberikan kepada parti gabungan lain dalam Barisan Nasional (BN) termasuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisement

“Secara prinsip saya rasakan bahawa kalau kita boleh bincang di meja rundingan adalah lebih baik daripada bertembung.

 

“Kita nak ramaikan kawan tak nak ramaikan musuh, jadi sebanyak mungkin kita usaha ramaikan kawan tapi saya tak boleh nak respon secara spesifik kerana saya belum tengok lagi (berita penuh),” katanya.

 

Vigneswaran berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Dasar Presiden MIC sempena Perhimpunan Agung MIC ke-74 di Klang.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.