Advertisement
Meskipun pelaksanaan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu mampu menurunkan kes COVID-19, ia bukan solusi mutlak sebaliknya dilihat sebagai tindakan ke belakang.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, PKP merupakan pilihan yang terpaksa dibuat sebelum vaksin ditemui dan kini, fokus perlu diletakkan pada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Pada masa ini yang perlu ditumpukan ialah pematuhan SOP dan juga pemberian dos vaksin, termasuk vaksin penggalak dan juga vaksin kepada remaja dan kanak-kanak seperti yang baru diluluskan semalam.
“Semalam, kelulusan pendaftaran bersyarat telah diberikan bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.
Jadi buat masa ini, kena tumpu pada vaksinasi dan dalam masa yang sama pematuhan SOP,” katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI
Advertisement
, hari ini.
Dr Malina juga menyuarakan kegusaran tentang dakwaan yang menyatakan ada individu yang membuat perjalanan mengerjakan umrah dengan menggunakan visa pelancong, dan mencadangkan agar ada penangguhan perjalanan bagi negara berisiko dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
“Saya ada mendapat makluman tentang ada pihak yang menggunakan visa pelancong untuk pergi umrah, ini tak sepatutnya terjadi.
Jadi mungkin perlu ditangguhkan dahulu perjalanan ke negara-negara berisiko, bukan setakat melibatkan umrah semata-mata.
Advertisement
“Dengan ancaman varian Omicron, adalah lebih baik jika perjalanan ke luar negara ditangguhkan jika tidak perlu.
Mereka yang sudah dimaklumkan tentang risikonya, seperti perjalanan mengerjakan umrah, perlu patuh.
“Pematuhan kuarantin wajib juga perlu, sehinggalah risiko sebenar Omicron diketahui,”
Tambahnya, biarpun setakat ini Omicron dilihat memberi kesan yang ringan berbanding varian sebelum ini, ia bukan alasan untuk tidak mengambil serius ancamannya.
“Lain orang, lain risikonya. Kita tidak boleh kata Omicron ini tidak bahaya kerana kesannya berbeza bagi setiap individu, apatah lagi warga emas dan golongan dengan komorbiditi,” katanya lagi.
Advertisement

Perintah Kawalan Pergerakan | Jangan sebut perkataan ‘L’ – KJ
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara perlu bertindak balas dengan kaedah yang berkesan tetapi tidak keterlaluan.
“Saya dan Tan Sri (Dr Noor Hisham Abdullah) memang elak itu (lockdown). Sudah tentu kalau kita laksanakan lockdown, kita boleh kes sifar, kita menang.
Tapi apa guna? Penduduk terkesan dengan masalah kesihatan mental dan negara berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi,” katanya.

COVID-19 (Omicron) | Elak laksana PKP, apa langkah terbaik?

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.