TERKINI: Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula

 TERKINI: Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula
Advertisement

Masyarakat di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China dikejutkan dengan satu insiden.

Lebih daripada 70 mahasiswa di sebuah universiti di kawasan tersebut mengalami cirit-birit dan muntah- muntah.

Advertisement

Insiden kejadian dilaporkan terjadi sejak Rabu lalu.

Perkara itu juga disahkan oleh pihak universiti semalam seperti laporan Kompas.com memetik Xinhua.

Advertisement
Advertisement

Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan kemudian mengambil sampel daripada 28 pelajar tersebut.

Mereka melakukan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.

Menurut sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian iyu menunjukkan 11 pelajar positif Norovirus.

Advertisement

Sehingga semalam, sebanyak 22 pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi telah melakukan operasi pembasmian kuman di beberapa tempat.

Advertisement

Kawasan yang dimaksudkan meliputi kompleks asrama, kelas, kafeteria, dan kawasan awam yang lain.

Pendidikan kesihatan diperkukuhkan dan pemantauan gejala dilakukan untuk semua staf dan pelajarnya.

Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan sedang menyiasat sumber jangkitan.

SINAR HARIAN

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *