TERKINI: Anwar Dedah Hasil Perjumpaan Dengan Agong Hari Ini

 TERKINI: Anwar Dedah Hasil Perjumpaan Dengan Agong Hari Ini
Advertisement

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan soal perubahan kerajaan tidak dibincangkan dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan COVID-19, kewajaran Parlimen bersidang dan darurat yang tidak perlu diteruskan.

Katanya, beliau amat terharu dengan kearifan Al-Sultan Abdullah berkenaan pandemik COVID-19 yang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan.

Advertisement

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang” katanya kepada pemberita yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara.

Anwar sebelum itu menghadap Al-Sultan Abdullah kira-kira sejam.

ASTRO AWANI

Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.
“Itu (pembentukan kerajaan baharu) soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di perkarangan pintu 2 Istana Negara, hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 10.37 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, selama sejam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, beliau turut mengemukakan pandangan berhubung penamatan Proklamasi Darurat.
Dakwa Anwar, penerusan pelaksanaan Proklamasi Darurat tidak membantu mengurangkan jangkitan COVID-19, selain hanya membebankan rakyat khususnya golongan bawahan.
Selain itu, Anwar berkata laporan dan dokumen sokongan turut dikemukakan kepada Al-Sultan Abdullah bagi pertimbangan baginda.
“Kita tengok semua langkah yang perlu dilakukan tidak memerlukan darurat.
“Kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya upaya walaupun Tuanku tepat mengatakan jatuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai pembukaan semula Parlimen dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.
Tambah Anwar, Al-Sultan Abdullah berlapang dada mendengar semua pandangan tersebut.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *