TERKINI: 2 ahli politik langgar peraturan COVID-19 letak jawatan

 TERKINI: 2 ahli politik langgar peraturan COVID-19 letak jawatan
Advertisement

Dua ahli politik kanan di Ireland meletak jawatan hari ini selepas melanggar perintah larangan COVID-19 dengan menghadiri jamuan ulang tahun ke-50 persatuan golf Parlimen negara itu.

Menteri Pertanian, Dara Calleary dan Timbalan Speaker Parlimen, Jerry Buttimer, meletak jawatan selepas perbuatan mereka menghadiri majlis di hotel County Galway Rabu lalu itu dikritik orang ramai.

Advertisement
Advertisement

Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Phil Hogan, turut didesak meletak jawatan kerana menghadiri acara sama, yang kini disiasat polis kerana berhimpun melebihi 50 orang.

Akhbar Irish Examiner melaporkan, 82 orang menghadiri acara itu termasuk ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Agung.

Advertisement
Advertisement

Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, dalam satu kenyataan, berkata beliau menerima peletakan jawatan Calleary, yang baru 37 hari memegang jawatan menteri.

“Orang ramai banyak berkorban termasuk dari segi kehidupan keluarga dan kerjaya bagi mematuhi perintah larangan COVID-19,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Buttimer berkata kehadirannya pada majlis itu tidak disengajakan tetapi mengakui tersilap membuat keputusan.

“Saya meminta maaf atas perbuatan saya,” katanya ketika menyerahkan surat peletakan jawatan beliau.

Calleary, dalam ciapan di Twitter lewat semalam, mengakui tidak sepatutnya menghadiri jamuan itu.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *