Bayaran fasa ketiga bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat sebelum akhir Julai ini yang membabitkan lima juta penerima.
Ia meliputi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 bilion.
Advertisement
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.
“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak
Advertisement
akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini,” katanya dalam laporan Laksana ke-11 pelaksaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), hari ini.
Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).
Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).
Menurutnya, seperti diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).
“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.
“PMSabah dan PMSarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.
Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000
penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya.
FAKTA BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH)
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan menggantikan BR1M telah diperkemaskan dengan syarat kelayakan yang lebih bersasar pada tahun 2019 dengan jumlah melibatkan hampir 4.1 juta isi rumah dengan anggaran peruntukan sebanyak RM5 bilion.
Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.
Berdasarkan kepada jadual pembayaran BSH yang dikeluarkan oleh kerajaan pada tahun lalu, pembayaran mengikut fasa dijadualkan pada bulan Februari, Jun dan Ogos. Agihan ini akan diberikan kepada mereka yang yang melepasi syarat kelayakan bagi kategori yang telah diumumkan.
Advertisement
Faktor isi rumah kini dijadikan kayu ukur dalam menentukan kelayakan dalam penerimaan BSH. Agihan berperingkat berjumlah RM 1,000 akan diberikan dengan pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, RM 750 bagi mereka yang berpendapatan RM 2,001 hingga RM3,000 dan RM 500 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000. Kategori tambahan buat anak juga telah diperkenalkan pada tahun lepas. Pada tahun ini, kategori tambahan adalah bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU berumur 18 tahun ke atas.
INFO TERKINI: BAYARAN FASA 3 BSH
Menteri Kewangan telah mengumumkan bayaran Fasa 3 BSH bagi tahun 2020 menerusi laporan Laksana Ke-11
Bayaran Fasa 3 akan dibuat sebelum akhir bulan Julai
Penerima kategori isi rumah yang layak mendapat tambahan bantuan RM120untuk setiap anak (bawah 18 tahun) terhad kepada 4 orang anak
Berikut adalah pengumuman mengenai Jadual Bayaran BSH oleh LHDNM:
PENGUMUMAN BANTUAN SARA HIDUP – PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN
Berikut adalah pengumuman mengenai BSH yang dibuat Perdana Menteri TS Muhyidin:
Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion
Bayaran tambahan RM100 juga akan dikreditkan terus ke akaun yang akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020 (Berdasarkan Portal Rasmi BSH)
PENGUMUMAN BANTUAN SARA HIDUP – PAKEJ RANSANGAN EKONOMI 2020 (COVID-19)
Berdasarkan pemerhatian MYSumber di media sosial, bayaran BSH Fasa 2 telah pun diterima penerima mulai 15 Mac 2020. Terdapat juga satu notis daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) mengenai BSH 2020 Fasa 2 menyatakan bayaran akan mula dilakukan pada 16 Mac 2020 iaitu pada hari Isnin
Advertisement
PAKEJ RANSANGAN EKONOMI 2020 (COVID-19)
Berikut adalah pengumuman mengenai BSH yang dibuat Tun Dr. Mahathir pada 27 Februari 2020 semasa ucapan mengenai Pakej Ransangan Ekonomi 2020:
Bayaran Bantuan Sara Hidup fasa 2 yang dijadualkan pada bulan Mei 2020 akan diawalkan sebanyak RM200 pada bulan Mac 2020
Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH, tambahan RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020 serta tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai
TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BSH 2020 BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
Berikut adalah maklumat penting jadual tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 yang akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan
TARIKH JADUAL PEMBAYARAN BSH 2020
Penerima Bayaran BSH 2019
Kategori (1)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 1000 + 120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
2,000 ke bawah
300
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
20 Januari 2020
200
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
16 Mac 2020
600
Bayaran
Fasa 3 + Tambahan RM100 + Tambahan RM120/anak
Tarikh
Julai 2020
Kategori (2)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 750 + 120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
2,001 hingga 3,000
300
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
20 Januari 2020
200
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
16 Mac 2020
350
Bayaran
Fasa 3 + Tambahan RM100 + Tambahan RM120/anak
Tarikh
Julai 2020
Kategori (3)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 500 + RM120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
3,001 hingga4,000
300
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
20 Januari 2020
200
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
16 Mac 2020
.
Bayaran
Fasa 3 + Tambahan RM100 + Tambahan RM120/anak
Tarikh
Julai 2020
Penerima Bagi Permohonan Baharu BSH 2020
Kategori (1)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 1000 + 120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
2,000 ke bawah
.
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 3
Tarikh
.
Kategori (2)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 750 + 120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
2,001 hingga 3,000
.
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 3
Tarikh
.
Kategori (3)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 500 + RM120/anak
Isi rumah berpendapatan bulanan
3,001 hingga4,000
.
Bayaran
Fasa 1
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 2
Tarikh
.
.
Bayaran
Fasa 3
Tarikh
.
Penerima Permohonan Baharu BSH 2020 (Bujang dan OKU)
Kategori (4)
JUMLAH KESELURUHAN BSH 300
Bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU berumur 18 tahun ke atas
2,000 ke bawah
Advertisement
400
Bayaran Bujang (40 Tahun ke atas)
Fasa 3 + Tambahan RM100
Tarikh
Julai 2020
.
Bayaran OKU
.
Tarikh
.
Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2020, bayaran bagi kategori bujang dan OKU akan dibuat secara one-off (sekali bayaran) pada fasa kedua
Tarikh yang dinayatakan adalah RASMI seperti makluman di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat
Tarikh bagi pembayaran RM120/anak dan maklumat pembayaran RM50 (e-tunai) akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Penerima disarankan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut
https://bsh.hasil.gov.my/
PEMBAYARAN FASA 1
Pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dibuat bermula 20 Januari 2020 iaitu pada hari Isnin kepada penerima BSH yang telah berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pengkalan data BSH 2019
Peruntukan sebanyak RM1.0 bilion telah dikeluarkan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 3.8 juta penerima BSH (kategori isi rumah)
Pembayaran fasa pertama BSH 2020 adalah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2019
Sebaik sahaja pengkalan data BSH 2020 siap dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 untuk kategori isi rumah akan dibayar pada fasa kedua dan ketiga manakala untuk kategori bujang dan OKU akan dibayar secara one-off pada fasa kedua.
KATEGORI JUMLAH BANTUAN DAN SYARAT KELAYAKAN BSH 2020
1,000
Isi Rumah (1)
Berpendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke bawah
750
Isi Rumah (2)
Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas)
500
Isi Rumah (3)
Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
120 / Anak
Kadar Tambahan
Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah
Tiada had umur untuk anak OKU
Terhad kepada 4 orang sahaja
300
Bujang
Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000
Warganegara yang menetap di Malaysia sahaja)
Berusia melebihi 40 tahun
300
OKU
Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000
Warganegara yang menetap di Malaysia sahaja
Berusia 18 tahun dan ke atas
PENGKREDITAN DUIT BSH 2020 DAN INFO BERKAITAN
CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN / KEMASKINI
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
HARAP DAPAT MEMBANTU