Tak makan nasi sejak tahun lalu, Zulin Aziz makin susut & ramping

 Tak makan nasi sejak tahun lalu, Zulin Aziz makin susut & ramping
Advertisement

Ramai tahu, artis serba boleh, Zulin Aziz bergelut dengan masalah berat badan sejak lama dulu.

Namun, perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak langsing.

Advertisement

Zulin memberitahu, tubuhnya mula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Mac lalu.

Advertisement

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

Advertisement

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya kepada BH Online.

Advertisement

Tidak berahsia, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengaku mengamal sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” katanya.

Advertisement

Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *