Tags : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

BERITA TERKINI: Seorang Ahli Parlimen Terkenal Akan Didakwa Esok –

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin untuk mendakwa seorang Ahli Parlimen esok. Proses pendakwaan akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi. Perkara itu dimaklumkan SPRM dalam edaran jemputan liputan media hari ini. Edaran itu bagaimanapun tidak menyatakan nama Ahli Parlimen berkenaan serta jenis kesalahan yang dilakukan. MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan […]Teruskan membaca

TERKINI: Rasuah RM300,000, SPRM Tahan Datuk Seri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana disyaki menerima rasuah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.   Menurut sumber, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam di Pejabat SPRM Selangor pada Selasa. “Suspek mendakwa boleh […]Teruskan membaca

VIRAL: Timbalan Pengerusi Parti Politik Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik yang turut mempunyai kaitan dengan bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah. Suspek difahamkan menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019. Menurut sumber, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM1.2 juta dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan […]Teruskan membaca

VIRAL: Tidak mahu dikuarantin, warga Singapura ditahan beri rasuah

Gara-gara tidak mahu menjalani tempoh kuarantin 14 hari di Singapura, seorang lelaki warga republik itu ditahan kerana merasuah dengan nilai RM100 seorang pegawai Penguatkuasa Imigresen. Menurut sumber, suspek merupakan lelaki berusia 43 tahun, yang bertugas sebagai pengarah di sebuah syarikat swasta, ditahan kira-kira jam 3.50 petang semalam di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan. Hasil […]Teruskan membaca

TERKINI: SPRM Digesa Buka Semula Siasatan Terhadap Shafie Apdal

Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka semula siasatan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Shafie Apdal.   Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion berkata, laporan kepada SPRM dibuat berhubung kes berprofil tinggi ahli politik di negeri ini.   “Tujuan kami datang ke Pejabat […]Teruskan membaca

BERANI: Lim Guan Eng Dakwa SPRM Pembohong

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbohong apabila menafikan usaha menyekatnya memasuki Sabah pada malam Selasa lalu. “SPRM telah berbohong kerana menafikan bahawa mereka telah cuba menyekat saya memasuki Sabah dan juga menceroboh hak Sabah dengan melanggar kuasa Imigresen ketua menteri Sabah. “Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal telah mengesahkan […]Teruskan membaca

TERKINI: NGO Buat Laporan Kepada SPRM Dakwa Yang Di-Pertua Sabah

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mendakwa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin menyalahgunakan kuasa dalam pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu lalu. Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Zulkarnain Mahdar berkata, Juhar sepatutnya tidak menyetujui permohonan ketua menteri Shafie Apdal untuk […]Teruskan membaca

TERKINI: Rosmah Mansor Didakwa Terima Suapan Sebanyak RM63juta

Seorang pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa wang berjumlah lebih RM63 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik Jepak Holdings Sdn Bhd, oleh Kementerian Pendidikan pada 2017. Wong Ping, 40, pengurus Cawangan CIMB Bank Bintulu Sentral ketika membacakan penyataan saksinya berkata, merujuk kepada penyata akaun CIMB Bank Berhad milik Jepak […]Teruskan membaca