Tags : Sinovac

BERITA TERKINI: Kematian Tertinggi Libatkan Penerima Vaksin Jenis Sinovac, KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan daripada jumlah kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian individu yang telah lengkap vaksinasi, angka tertinggi melibatkan penerima vaksin jenis Sinovac. Sehubungan itu, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM akan mengkaji secara mendalam punca sebenar adakah ia disebabkan jenis vaksin atau faktor lain. Beliau bagaimanapun berkata melihat data dikeluarkan KKM melalui […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Vaksin Sinovac Tak Termasuk Senarai Diluluskan Untuk Perjalanan

Peraturan perjalanan yang dikeluarkan United Kingdom semalam menyaksikan hampir separuh rakyat Malaysia yang telah divaksin dilarang memasuki England. Di bawah peraturan baru mulai 4 Oktober, hanya pelawat yang menerima vaksin AstraZeneca, Pfizer, Moderna, atau Janssen dari Malaysia yang boleh memasuki England. Laman web kerajaan United Kingdom (UK) di mana peraturan itu diterbitkan tidak menyebut mengenai sinovac. […]Teruskan membaca

TERKINI: Campuran Sinovac Dan AstraZeneca Tingkat Imuniti Lawan Varian Delta

Kajian baharu oleh dari Jabatan Sains Perubatan (DMS) Thailand menunjukkan gabungan dua dos suntikan Sinovac diikuti AstraZeneca memberikan tahap imuniti  lebih tinggi berbanding dua dos vaksin jenama sama, lapor akhbar The Nation Thailand semalam. Menurut Ketua DMS, Dr. Supakit Sirilak, kajian itu menguji tahap imuniti badan 125 sukarelawan petugas kesihatan berusia 18 hingga 60 tahun […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Penerima Sinovac Perlu Dos Ketiga

Pakar-pakar kesihatan mencadangkan agar kerajaan memberikan dos ketiga atau dos penggalak (booster) kepada penerima vaksin jenis Sinovac di negara Malaysia. Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, berdasarkan kajian daripada penyelidik China, vaksin itu hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua. […]Teruskan membaca

TERKINI: Orang Ramai Jangan Terlalu Risau, Vaksin Sinovac Dan Pfizer

Data perubatan berhubung pengunaan vaksin Sinovac dan Pfizer menunjukkan kedua-duanya mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada 7 Julai lalu “New England Journal of Medicine” menerbitkan laporan tentang pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac dari Februari hingga Mei 2021. “Laporan itu melihat kepada seramai […]Teruskan membaca

TERKINI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tidak Larang Untuk Campur Vaksin

Biarpun Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran larangan mencampurkan vaksin, seorang wakilnya bagaimanapun memaklumkan bahawa WHO tidak membantah rancangan Thailand mahu menggunakan vaksin campuran, lapor laman berita The Thaiger News semalam. Vaksin Sinovac yang kurang berkesan dalam mengekang penularan varian Delta sekali gus varian dominan di Thailand mendorong pihak berkuasa kesihatannya  […]Teruskan membaca

VIRAL: Kelantan Hentikan Agihan Vaksin Jenis Sinovac

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dan digantikan dengan vaksin Pfizer di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan. Pengarah JKNK Dr Zaini Hussin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun tegasnya, ia tidak membabitkan pengurangan bekalan vaksin kepada negeri itu. “Ya, begitulah perancangannya.Tetapi tiada pengurangan jumlah bekalan,” jelasnya. Dia tidak […]Teruskan membaca

TERKINI: China Setuju Sumbang 500,000 Vaksin Sinovac Kepada Malaysia

China bersetuju untuk menyumbang 500,000 dos vaksin Sinovac Covid-19 kepada Malaysia, kata Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin mengatakan bahawa dia menerima pengesahan mengenai sumbangan itu daripada rakan sejawatnya di China, Wang Yi semalam. “Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya, Wang dan kerajaan China, atas perkembangan positif […]Teruskan membaca