Tags : Datuk Ismail Sabri Yaakob

[RASMI] – Bayaran Fasa 2 BKC Mulai Khamis Ini

PEMBAYARAN Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis, 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin. “Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Banyak Undang-Undang Untuk Dakwa Kumpulan Antivaksin – PM

Golongan antivaksin tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa kerana terdapat pelbagai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun tindakan itu bukanlah disebabkan mereka antivaksin, sebaliknya kerana perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu. Beliau juga bersetuju dengan gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya pihak berkuasa bertindak […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Kerajaan Belum Buat Keputusan Wajibkan Pengambilan Vaksin COVID-19

Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata bagaimanapun individu yang belum mengambil suntikan vaksin COVID-19, digalakkan berbuat demikian bagi menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancarkan urusan untuk pulang ke kampung halaman. “Malah untuk urusan beribadah seperti mengerjakan Umrah juga diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya yakin syarat yang […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib

Serentak pengumuman rentas negeri berkuatkuasa esok, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air dan kebenaran itu juga mula berkuatkuasa esok. Menurut beliau, keputusan pemansuhan itu […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Perdana Menteri Malaysia Dihad 2 Penggal

Kerajaan bersetuju melaksanakan tujuh tawaran Trans­formasi Parlimen dan Pen­­tadbiran Kerajaan antaranya Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun yang akan dibentangkan dalam Persida­ngan Parlimen Isnin ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lain turut dibentangkan pelaksa­naan Undi18 dalam tempoh terdekat dengan satu Rang Undang Undang Pindaan […]Teruskan membaca

BERITA TERKINI: Ismail Sabri Gagal Dapat Sokongan Untuk Jadi PM

Apa yang dirancang sebagai peralihan kuasa licin dari Perdana Menteri tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri mungkin tidak menjadi kenyataan dan membawa negara kepada krisis politik terbaharu. Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO, telah mendapat sokongan 100 orang ahli Parlimen dalam blok kerajaan sedia ada. Namun sehingga pagi ini, kumpulan serpihan 15 […]Teruskan membaca

TERKINI: Ismail Sabri Adakan Pertemuan Dengan Tun Mahathir, Bincang Jajaran

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa satu pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad berlangsung hari ini. Katanya pertemuan itu dibuat siang tadi namun tidak memperincikan tujuan pertemuan itu dibuat. “Saya difahamkan ada pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Ismail […]Teruskan membaca

VIRAL SEKARANG ! Usaha Digerakkan Angkat Ismail Sabri Sebagai Calon

Surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu. Ahli parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dia antara yang menandatangani dokumen bagi menyokong Ismail untuk mengambil alih jawatan perdana menteri. “Kita tunggu dan lihat, saya […]Teruskan membaca

POLITIK MALAYSIA TERKINI: Ismail Sabri Saman Bekas Ketua Wanita BERSATU

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anina Saadudin. Saman itu difailkan atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi Facebook (FB) milik Anina bahawa Menteri Pertahanan itu tidak kompeten dalam menjalankan tugas ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ismail Sabri, 61, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu […]Teruskan membaca

TERKINI: Semua Individu Masuk Ke Sabah Perlu Jalani ‘Swab Test’

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bahawa semua individu yang akan memasuki Sabah perlu menjalani ujian swab dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, hanya individu yang berkeputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Sabah dan tidak perlu menjalani […]Teruskan membaca