Advertisement

Skim Smart Sewa

Skim Smart Sewa adalah merupakan sebuah program kerajaan negeri yang diwujudkan bertujuan untuk membantu orang awam yang berpendapatan rendah menyewa dan akhirnya membeli kediaman di negeri Selangor. Skim ini diuruskan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk disewakan kepada orang awam yang layak sahaja.

Advertisement

Tujuan Skim Smart Sewa

Bertujuan untuk membantu orang awam untuk membayar deposit untuk membeli rumah kediaman mereka sendiri.< /p>

Advertisement
Advertisement

Syarat Kelayakan Skim Smart Sewa

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan keatas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  • Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM5,000
  • Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di negeri Selangor
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.
  • Pemohon merupakan pengundi di negeri Selangor

Deposit Skim Smart Sewa

Sewa 2 bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain-lain Caj

Tempoh Sewa

  • Maksimum 5 Tahun
  • Minimum 2 Tahun

Dokumen Sokongan

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan semasa menghantar borang permohonan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  • Salinan MyKad / MyKid tanggungan (Selain anak)
  • Penyata gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan daftar undi

Muat Turun Borang Permohonan Skim Smart Sewa Disini:

Anda boleh memuat turun borang permohonan di sini: http://phssb.com/borang/

Advertisement

Atau dapatkan di pejabat PHSSB di:

Advertisement

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd

Tingkat 5, Podium Utara,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke alamat emel di:

smartsewa@phssb.com

Kesan / Manfaat Penamatan Kontrak

Penyewa akan mendapat semula pulangan balik sebahagian daripada sewa yang telah dibayar megikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor selepas ditolak segala kos-kos yang terlibat.

Info & Maklumat Lanjut:

Anda boleh dapatkan info selanjutnya di:

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.