Advertisement

UMNO Terengganu hari ini mengumumkan calon pertama yang akan dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Advertisement

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, calon itu ialah Datuk Rozi Mamat yang akan bertanding di Parlimen Hulu Terengganu.

Katanya, pemilihan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong itu direstui dan disokong penuh oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Advertisement
Advertisement

“Pada PRU-14, beliau mendapat undi terbesar di Terengganu dengan majoriti 4,159 undi. Insya-Allah kita yakin Parlimen Hulu Terengganu jadi milik UMNO dan Rozi selepas ini.

“Di samping itu, kita menyasarkan sekurang-kurangnya tiga DUN di Parlimen ini kembali kepada UMNO,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini.

Advertisement

Kerusi Parlimen Hulu Terengganu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) Terengganu dan pada PRU-14 dimenangi Datuk Rosol Wahid sebelum pemimpin itu melompat parti kepada Parti Pribumi BersatuMalaysia (Bersatu).

Advertisement

Rozi yang pertama kali bakal bertanding di kerusi Parlimen itu mempamerkan rekod cemerlang apabila mempertahankan DUN Telemong selama empat penggal sejak 2004.

Pada PRU lalu, BN hanya memenangi DUN Telemong dan tewas di Manir, Ajil dan Kuala Berang. – UTUSAN

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.