Advertisement
Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
< div>
Advertisement
Menurut KPM, sesi persekolah tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022, bermula 2 Januari 2022 (bagi Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B).
KPM turut memaklumkan, bagi sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022 bermula 2 Januari (Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B) bagi Penggal 3, 2021/2022.
Advertisement
[Sekolah-sekolah negeri Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri selebihnya adalah dalam sekolah Kumpulan B.]
Menurut KPM, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata, sesi persekolahan 2022 kekal pada Mac tahun depan sebagaimana yang diputuskan Kementerian Pendidikan.
Keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam dengan pelbagai pihak termasuk beberapa pakar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di samping pengetua dan guru besar.
Advertisement
Ketetapan itu, kata Radzi merupakan langkah efekti dalam mendepani situasi pandemik COVID-19 ketika ini dan tempoh tersebut itu dapat memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya.
Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautanhttps://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.