Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sesi persekolahan akan dibuka mengikut fasa.
Jelasnya dalam sidang media hari ini, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kapasiti 50 peratus bagi setiap kelas.
“Apabila sekolah dibuka semula berdasarkan fasa-fasa, perkara paling penting adalah supaya kehadiran ke sekolah pada satu-satu masa adalah hanya 50 peratus daripada keseluruhan,” katanya.
Tambah beliau, murid dalam sesuatu kelas akan bergilir-gilir ke sekolah setiap minggu mengikut kumpulan masing-masing.
Bagi kumpulan yang tidak ke sekolah, mereka akan mengikuti sesi PdPR dari rumah masing-masing, ujarnya.
Tambahnya lagi, murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara yang tidak terlibat penggiliran kelas