[RASMI] – Harga Runcit Kit Antigen COVID-19 Ditetapkan RM19.90

 [RASMI] – Harga Runcit Kit Antigen COVID-19 Ditetapkan RM19.90
Advertisement

Harga runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) ditetapkan dengan kadar maksimum RM19.90 manakala harga borong untuk satu set adalah RM16.

Advertisement

Penentuan harga itu dibuat mengikut kewajaran bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk memastikan harga berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

Advertisement

Keputusan itu diumumkan dalam kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Kerajaan sedar bahawa situasi Covid-19 di negara ini dan di seluruh dunia masih belum pulih malah situasi yang sedang melanda pada masa sekarang adalah lebih mencabar,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Keputusan itu juga dibuat berikutan permintaan terhadap kit ujian pantas antigen Covid-19 dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri untuk memastikan diri bebas dari wabak tersebut.

“KPDNHEP telah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak.

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka sekarang,” demikian menurut kenyataan bersama itu.

Advertisement

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan dan kegagalan pematuhan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kesalahan menjual melebihi harga maksimum bagi individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Advertisement

Bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000, katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, kementerian telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga.

Jelasnya, kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan orang ramai dengan lebih berkesan.

Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, aplikasi telefon pintar Ez ADU atau Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 608 dan Whatsapp ke 019- 279 4317.

SUMBER – MG

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *