[RASMI] – Bayaran i-Sinar Bagi Bulan November Bermula 26 Oktober, Bayaran i-Citra Bermula 1 November

 [RASMI] – Bayaran i-Sinar Bagi Bulan November Bermula 26 Oktober, Bayaran i-Citra Bermula 1 November
Advertisement

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman sosial rasmi hari ini memaklumkan tarikh mula pembayaran i-Sinar dan i-Citra bagi bulan November 2021.

Menurut makluman tersebut, bayaran i-Sinar bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula 26 Oktober 2021. Manakala pengkreditan i-Citra bagi bulan yang sama akan dibuat juga secara berperingkat bermula 1 November 2021.

Advertisement
Advertisement

 

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu ke tiga hari bekerja, bergantung pada prosedur bank. Oleh itu, kesabaran dan pertimbangan penerima sepanjang proses pembayaran dilaksanakan amat dihargai.

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Menurut ciapan di laman Twitter KWSP, ahli yang menerima bayaran i-Citra boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Hotline i-Citra di talian 03-89224848.

 

Sumber: KWSP

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *