Advertisement

BANTUAN Awal Persekolahan 2022 (BAP 2022) akan mula diagihkan kepada yang layak mulai Isnin depan.

Advertisement

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata BAP 2022 yang bernilai RM150 dapat membantu pelajar membuat persiapan awal sesi persekolahan 2022 yang bermula 21 Mac depan.

Advertisement

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima peruntukan BAP bagi tahun 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022.

Advertisement

“Alhamdulillah, kadar BAP tahun ini telah dinaikkan kepada RM150 bagi setiap penerima,” katanya menerusi Facebook.

 

Beliau berkata, KPM menyedari terdapat keperluan ibu bapa dan penjaga untuk membuat persiapan awal anak-anak masing-masing khususnya bagi memulakan sesi persekolahan 2022/2023 pada 21 Mac 2022.

Advertisement

“Oleh yang demikian, pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2022/2023 kepada murid akan mula diagihkan pada 17 Januari 2022.

“Agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula,” katanya.

Advertisement

Oktober lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan bersetuju menyediakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar pada tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu naik berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan tiga juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta. – Malaysiapost

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.