[RASMI] – ADUN Sindumin Sah Keluar WARISAN

 [RASMI] – ADUN Sindumin Sah Keluar WARISAN
Advertisement

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob hari ini mengumumkan keluar dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki mengenai hala tuju perjuangan politiknya selepas ini.

Advertisement

Ketua Penerangan Warisan ini keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Advertisement

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE

SUMBER LAIN INISABAHABAH.COM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang pemimpin kanan Warisan Bahagian Sipitang yang bercakap dengan inisabahbah.com berkata, sikap Dr. Yusof telah berubah sejak kebelakangan ini.

“Kami sudah jangkakan. Banyak WhatsApp pelik-pelik kami terima dari dia sejak kebelakangan ini.”

“Kami dengar Dr. Yusof ada kes Sabah Net. Khabarnya ada juga saksi yang sudah beri keterangan.”

Dr. Yusof Yacob bersama Pengerusi Sabah Net, Fred Gabriel

Ketika ditanya dilanjut, pemimpin tersebut berkata beliau tidak pasti tentang intipati dan butiran kes yang dikhabarkan.

“Saya tidak pasti apa maklumat kes itu. Tapi boleh nampak sikap Dr. Yusof sudah berubah.”

Advertisement

Seorang lagi pemimpin Warisan di Bahagian Keningau juga mengesahkan perkara tersebut.

“Kami kenal Dr. Yusof. Beliau orang yang setia dengan parti dan Presiden.”

“Kalau atas kerelaan hati, sukar kami percaya beliau mahu tinggalkan parti.”

“Mungkin ada tangan-tangan ghaib atau perkara-perkara tertentu sedang menekan beliau. Kami pun tidak pasti.”

Mengulas dakwaan tekanan yang dihadapi oleh Dr. Yusof, seorang wakil rakyat Warisan berkata, ini bukan kali pertama jentera kerajaan diguna untuk menekan musuh politik.

“PRN lalu pun LHDN, SPRM, semua dibawa untuk menekan Warisan.”

“Ada yang ‘crack’. Mereka sudah lompat.”

“Ada yang tidak ‘crack’. Mereka masih setia dengan perjuangan.”

ADUN tersebut menjelas, perkembangan politik sekarang sedang memihak kepada Warisan.

Oleh itu, tidak bijak untuk mana-mana wakil rakyat melompat ke pangkuan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Keadaan politik sekarang memihak kepada Warisan. Rakyat tidak puas hati dengan GRS.”

“Ditambah lagi tikam menikam yang sedang berlaku dalam GRS. UMNO sibuk lawan Bersatu. PBS PBRS sibuk lawan STAR. Habis mereka berpecah.”

Advertisement

“Jadi terpulanglah sama ada orang yang ditekan itu mahu ‘crack’ atau mahu bertahan.”

“Tidak lama lagi PRU akan diadakan. Sukar untuk GRS menang.”

“Jadi sesiapa yang masuk GRS sekarang, sudah pasti karier politiknya akan terkubur.”

“Buktinya dalam PRN yang lalu. ‘Katak-katak’ yang melompat dari Warisan ke GRS semuanya sudah terkubur.”

“Ada yang tidak dicalonkan langsung dan lenyap terus.”

“Ada yang tidak dicalonkan dan mereka terpaksa bertanding sebagai calon bebas. Mereka kalah.”

“Ada juga yang dicalonkan oleh GRS. Tetapi kalah di tangan Warisan.”

“Katak-katak yang sudah melompat, satu pun tiada dalam DUN sekarang.”

ADUN Warisan tersebut merujuk kepada 9 orang bekas ADUN Warisan yang beralih sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada Julai 2020.

Untuk rekod, tiga daripada katak ‘tersebut’, iaitu Datuk Hamisa Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas) tidak dicalonkan oleh GRS dalam Pilihan Raya Negeri tahun 2020.

Advertisement

Ketiga-tiga mereka juga memilih untuk tidak bertanding dalam PRN yang lalu.

Sementara itu, Datuk Muis Picho (Sebatik), Datuk Saddi Abdu Rahman (Sukau), Datuk Anita Baranting (Tandek), Datuk Abd Rahman Kongkawang (Labuk) dan Datuk Musbah Jamli (Tempasuk) juga tidak dicalonkan oleh GRS.

Namun, mereka telah bertanding sebagai calon bebas dan kalah.

Hanya Datuk Jamawi Jaafar (Kemabong) dicalonkan semula di Melalap. Tetapi seperti calon-calon bebas lain, beliau tumbang di tangan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony.

Sambil berseloroh, ADUN tersebut mengejek pemimpin-pemimpin akar umbi yang dikhabarkan berniat meninggalkan Warisan bersama Dr. Yusof.

“Lompatlah kalau berani. Sudah pasti UMNO, Bersatu, PBS, PBRS dan STAR akan meletak calon mereka sendiri. Jadi yang melompat keluar terpaksa bertanding sebagai calon bebas.

“Selepas kalah, ke mana lagi mereka mahu melompat? Mahu lompat balik Warisan macam Sebatik?”

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *