Peruntukan Tambahan BPN RM1.5 Bilion Untuk Rakyat Malaysia

 Peruntukan Tambahan BPN RM1.5 Bilion Untuk Rakyat Malaysia
Advertisement

Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 bilion bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menjadikan angka keseluruhannya RM11.5 bilion membabitkan kira-kira 10.77 juta penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata penerima BPN dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua.

Advertisement
“Sehingga 31 Mei, bagi Fasa Pertama, seramai 7.93 juta penerima sudah menerima bayaran berjumlah RM5.56 bilion. Bagi Fasa Kedua pula, seramai 7.90 juta penerima sudah menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion.

“Selebihnya penerima adalah mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN. Sebagai peringatan, mereka boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember.

Advertisement

“Alhamdulillah, status pencapaian bagi Fasa Pertama dan Kedua ini adalah 96.5 peratus,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej PRIHATIN di Facebook, hari ini.

Bagi kumpulan kedua, Tengku Zafrul berkata, ia membabitkan 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei lalu, dengan 2.08 juta daripadanya sudah menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekali gus berjumlah RM1.57 bilion setakat 31 Mei lalu.

“Kumpulan ketiga pula adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini. Sebanyak 170,000 rayuan diterima dan akan disemak secara manual. Keputusan akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun dan bayaran sekali gus bermula pada akhir Jun, katanya.

Advertisement

Mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau berkata, sebanyak empat juta permohonan diluluskan menerusi program berkenaan, iaitu peningkatan daripada 3.9 juta sebelum ini dengan jumlah pembayaran mencecah RM1.9 bilion sebulan.

“Bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM895 juta.

Advertisement

“Sehingga 31 Mei, kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11 peratus iaitu seramai 1.7 juta atau kira-kira 23 peratus daripada pencarum KWSP berbanding dengan 1.5 juta sebelum ini,” katanya.

Menyentuh mengenai bayaran khas RM600 secara ‘one-off’ kepada pemandu pelancong, Tengku Zafrul berkata, seramai 6,470 pemandu pelancong menerima bayaran ini berjumlah RM3.9 juta setakat 31 Mei lalu.

“Bagi pemandu e-hailing pula, kerajaan telah menyalurkan bayaran bantuan khas sebanyak RM34 juta melalui e-dompet kepada 68,336 penerima. Pembayaran untuk 8,300 pemandu e-hailing tambahan masih sedang diproses,” katanya.

Advertisement

MyNetizen

2 Comments

  • I’m supposed to receive financial support of rm1600. I am a senior citizen and currently without any job. Instead I only received rm500+rm300+rm500 totalling rm1300. Would I be getting the other rm300.

    • Dato,bantuan oneoff utk Pemandu-pemandu Teksi shingga hari ini 03/06/2020 blm ada yg dapat lgi,sdgkn pakej rangsangan nie tlh di umumkn oleh kerajaan dan telah d umumkn pmbyrnnya pada 01.04.2020 tetapi masih ramai lg pemandu Teksi yang blm menerima pembayarannya…
      D mna silapnya 2 Dato,sdgkn skrg nie PKPB yg ke 5 sdh dan seakan2 pkpb nie berakhir byrn oneoff nie blm d bayar lg..
      Tolong lh kmi pemandu2 Teksi Dato utk terima byrn tersebut..Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *