PENYAKIT BARU DITEMUI: ‘Demam Misteri’ Dipercayai Landa India, 50 Orang Dilapor Maut Dalam Tempoh Seminggu

 PENYAKIT BARU DITEMUI: ‘Demam Misteri’ Dipercayai Landa India, 50 Orang Dilapor Maut Dalam Tempoh Seminggu
Advertisement

‘Demam misteri’ yang dipercayai melanda Utara India telah menyebabkan lebih 50 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tempoh seminggu, lapor Daily star.

Rata-rata pesakit mengadu mengalami demam panas, sakit kepala dan loya dengan ratusan daripadanya memerlukan rawatan hospital di bahagian Uttar Pradesh.

Advertisement

Sainstis kini sedang berusaha mencari jawapan mengenai serangan penyakit tersebut kerana tidak ada seorang pun daripada pesakit yang maut akibat demam misteri dikesan positif jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, pakar perubatan di beberapa daerah percaya bahawa kematian semua pesakit adalah akibat demam denggi, jangkitan virus yang disebarkan oleh nyamuk di mana telah menjangkiti berjuta-juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

Advertisement
Advertisement

Memetik laporan News Week, penyakit ini telah dilaporkan di daerah Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad.

Doktor melaporkan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di daerah tersebut menunjukkan penurunan jumlah platelet dalam darah, tanda kepada gejala demam denggi yang teruk.

Di daerah Firozabad, 40 orang termasuk 32 kanak-kanak didapati telah meninggal dunia dalam masa seminggu akibat serangan penyakit ini.

Advertisement

“Pesakit, terutama kanak-kanak di hospital mati dengan sangat cepat,” kata Dr Neeta Kulshrestha dari Firozabad kepada BBC.

Sementara itu, Dr Sangeeta Aneja, pengetua dan dekan Hospital Perubatan Autonomous State di wilayah itu memberitahu The Hindu, walaupun beberapa pesakit didapati positif demam denggi, tetapi bukan semua daripada mereka.

“Kes meningkat dengan tiba-tiba dalam lima hari terakhir dan 90% yang dijangkiti adalah kanak-kanak,” kata Aneja.

Anggota parlimen daerah Firozabad, Manish Asija mendakwa bahawa “pencemaran air, kekurangan sanitasi dan kebersihan adalah sebab di sebalik penyakit ini,” yang dikesan pertama kali pada 18 Ogos lalu.

Seorang ahli virologi India berkata: “Sekiranya kita tidak menyiasat dengan betul dan teratur, banyak perkara akan terus menjadi misteri.”

Demam misteri bukan perkara luar biasa di negara India terutama selepas monsun iaitu ketika populasi nyamuk meningkat.

Scrub typhus, Japanese encephalitis, leptospirosis, dan chikungunya adalah antara penyakit yang mampu menyebabkan kematian di India.

Sumber: Daily Star, News Week

 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *