MENGEJUTKAN ! Pesakit COVID-19 Varian Omicron Pertama Di Malaysia Sudah Lengkap Vaksin Pfizer

 MENGEJUTKAN ! Pesakit COVID-19 Varian Omicron Pertama Di Malaysia Sudah Lengkap Vaksin Pfizer
Advertisement

Individu pertama yang disahkan positif varian baharu Omicron di negara ini telah lengkap suntikan vaksin Covid-19 pada 9 September lalu.

Advertisement

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pengembara daripada Afrika Selatan itu adalah penuntut universiti swasta di Ipoh, Perak berusia 19 tahun telah lengkap vaksin jenis Comirnaty-Pfizer.

Advertisement

“Beliau telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ketika belajar di sini sebelum balik ke Afrika Selatan untuk melawat keluarganya,” katanya ketika sidang media khas hari ini.

Advertisement

Khairy berkata, berdasarkan maklumat yang diterima Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), individu tersebut tidak mengalami sebarang gejala semasa menjalani tempoh kuarantin wajib di penginapan yang disediakan pihak universiti.

Advertisement

“Selama beliau menjalani tempoh kuarantin didapati tidak mengalami apa-apa gejala,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan berkenaan simptom-simptom yang dihadapi pesakit Covid-19 bagi varian Omicron.

Terdahulu, Khairy mengesahkan jangkitan pertama varian baharu Omicron di Malaysia melibatkan seorang warganegara Afrika Selatan yang dikesan positif pada 24 November lalu dikesan di pintu  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Advertisement

Katanya, pelajar berusia 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penemuan varian berkenaan. – Malaysiapost

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *