MENGEJUTKAN ! Jumpa Mayat Lepas Banjir Surut

 MENGEJUTKAN ! Jumpa Mayat Lepas Banjir Surut
Advertisement

Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemukan di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22 dekat sini, hari ini.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 30- an itu ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam.

Advertisement

Advertisement

“Mangsa adalah penghuni sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat tular di aplikasi media sosial menunjukkan terdapat satu mayat di atas jalan.

Difahamkan mayat berkenaan dijumpai selepas paras air banjir di kawasan itu mula menurun sejak petang tadi.

Advertisement

Kawasan berkenaan adalah antara yang terjejas serta dinaiki air sejak petang semalam susulan banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di Selangor.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *