Advertisement

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang membadai empat buah negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Advertisement

Kata MetMalaysia keadaan itu dijangka akan berterusan sehingga pukul 9 malam.

Advertisement

“Di Perak ia membabitkan kawasan sekitar Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron serta Lipis.

Advertisement

“Bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia.
Advertisement

“Untuk negeri Sabah antara kawasan terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” ujar MetMalaysia.

Tambah kenyataan itu lagi, amaran cuaca dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Advertisement

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.-K! ONLINE

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.