Advertisement

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia meramalkan tujuh negeri mengalami ribut petir serta hujan lebat pada malam ini.

Advertisement

“Di Perak kawasan yang terlibat ialah Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak, manakala di Selangor kawasan dijangka terlibat ialah Klang dan Kuala Langat.

Advertisement

“Selain itu, ramalan sama turut melibatkan kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, manakala Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Pada masa sama, diramalkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera mengalami cuaca yang sama.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) manakala di Sarawak melibatkan kawasan Limbang (Lawas),” katanya.

Advertisement

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter(mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Malaysiapost

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.