Advertisement
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya.
Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, satu sumber terdekat memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu sudah mula bercakap.
Advertisement
Advertisement
“Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” katanya di sini hari ini.
Advertisement
Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.
Advertisement
Advertisement
Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Advertisement