KAJIAN TERKINI: Virus COVID-19 Bukan Buatan Manusia

 KAJIAN TERKINI: Virus COVID-19 Bukan Buatan Manusia
Advertisement
Seramai 21 ahli sains China dan seorang pakar Britain yang bekerja di China telah berjaya membuktikan melalui penggunaan teori evolusi klasik bahawa virus COVID-19 bukanlah hasil buatan manusia sebaliknya ia berasal dari persekitaran semula jadi.
Perkara itu terkandung dalam artikel “On the origin of SARS-CoV-2-The blind watchmaker argument”yang diterbitkan dalam majalah akademik “SCIENCE CHINA: Life Sciences” versi bahasa Inggeris tajaan bersama Akademi Sains China dan Suruhanjaya Tabung Sains Alam Negara.
Penulis utama artikel tersebut, Prof. Wu Zhongyi dari Institut Sains Nyawa Universiti Sun Yat-sen, menyatakan terdapat satu pandangan yang sudah diterima secara meluas, iaitu evolusi spesies tidak bertujuan khas.
Advertisement
“Sebab spesies hanya mampu menyesuaikan diri dengan alam secara semula jadi ia tidak mungkin dapat “dihasilkan”.
Sebaliknya ia perlu beransur-ansur mengubahsuaikan diri bagi hidup dalam alam untuk suatu jangka masa lama, dan sering mengalami perubahan secara rawak,”.
Prof. Wu berkata COVID-19 sebagai virus yang “sempurna” ia pasti hasil daripada evolusi alam kerana sehebat mana pun seseorang ahli sains itu belum tentu dapat “mencipta” suatu virus yang boleh menyesuaikan diri dengan manusia dalam keadaan sempurna.
Advertisement
Contohnya, pengusaha telefon bimbit paling berprestij dan berpengalaman tidak akan dapat menghasikan reka bentuk produk paling popular di dunia di peringkat awal.
Hakikatnya, produk yang “sempurna” hanya boleh muncul selepas melalui ujian pasaran dan penggunaan berulang kali.
Sesetengah hasil kajian secara tidak langsung telah membuktikan kebenaran pandangan tersebut. Sebenarnya tikus tidak terjangkit COVID-19, namun ahli sains mengambil langkah untuk mencari varian yang boleh menjangkiti tikus.
Advertisement
Namun, varian dipilih manusia ini tidak dapat mencetuskan penularan besar-besaran dalam kelompok tikus.
Sebelum ini, pasukan petugas Prof. Wu pernah mengeluarkan satu model evolusi COVID-19.
Menurut model tersebut, tempat asal usul (PLO) COVID-19 dikenal pasti di kawasan terpencil yang kurang kegiatan manusia, COVID-19 dapat bersaing dengan virus lain dalam memilih perumah binatang yang berbeza.
Kemudian, secara kebetulan COVID-19 tersebar ke suatu kumpulan penduduk yang belum membentuk imuniti kelompok sehingga menjadikannya kumpulan pertama terjejas apabila wabak tercetus.
Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *