KAJIAN TERKINI: Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-kanak Sihat 12-15 Tahun Tidak Digalakkan

 KAJIAN TERKINI: Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-kanak Sihat 12-15 Tahun Tidak Digalakkan
Advertisement

Penasihat program vaksinasi Britain tidak mengesyorkan vaksinasi COVID-19 diperluaskan kepada kanak-kanak sihat berumur 12 hingga 15 tahun, sebaliknya mahu langkah pencegahan dibuat dengan menilai kesan jangka panjang keradangan jantung yang jarang berlaku.

Advertisement

Pandangan itu sekali gus menyaksikan Britain mengambil pendekatan berbeza berbanding Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lain yang meneruskan program vaksinasi terhadap kumpulan umur berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun sebelum kerajaan Britain menerima nasihat Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mengenai dasar COVID-19, mereka akan berunding dengan penasihat perubatan mengenai kesan sosial yang meluas terhadap vaksinasi kanak-kanak, sekali gus menyaksikan keputusan akhir belum dimuktamadkan.

Menurut JCVI, terdapat manfaat kecil bagi kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.

Jawatankuasa itu menasihatkan supaya pemberian vaksin ditangguhkan sementara menunggu lebih banyak maklumat mengenai laporan keradangan jantung, yang dikenali sebagai miokarditis diperoleh dalam kalangan golongan muda yang menerima suntikan Pfizer. Kebiasaannya ia memberi kesan ringan.

Advertisement

Advertisement

“JCVI berpandangan secara keseluruhannya manfaat kesihatan daripada vaksinasi COVID-19 bagi kanak-kanak sihat berusia 12 hingga 15 tahun mempunyai sedikit kelebihan berbanding risiko bahaya,” kata Ketua Imunisasi COVID-19 JCVI, Wei Shen Lim.

“Kelebihan itu dianggap terlalu kecil bagi menyokong vaksinasi COVID-19 untuk golongan berkenaan pada masa ini,” katanya, sambil menambah bahawa data keselamatan akan dikaji secara berterusan.

JCVI berkata ia akan memperluas kelayakan untuk vaksinasi COVID-19 kepada golongan umur 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan. – AGENSI

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *