INFO CUACA TERKINI: Hujan Lebat, Ribut Petir Di 12 Negeri Petang Ini

 INFO CUACA TERKINI: Hujan Lebat, Ribut Petir Di 12 Negeri Petang Ini
Advertisement

Amaran hujan lebat dan ribut petir diramal akan melanda beberapa kawasan di 12 buah negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh Kuala Lumpur, Perlis dan Johor.

Advertisement

“Bagi kawasan di negeri Kedah pula, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Silk, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Advertisement

“Di Perak, antara kawasan terjejas di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah, manakala di Selangor di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya hari ini.

Advertisement
Advertisement

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Kelantan bagi kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai serta Gua Musang, sementara di Terengganu di Dungun dan Kemaman sahaja.

“Cuaca tidak menentu itu juga turut melanda negeri Pahang di kawasan Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang serta Kota Kinabalu).

Advertisement

“Bagi negeri Sarawak, antara kawasan yang terjejas ialah di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang (Limbang),” ujarnya. – K! ONLINE.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *