INFO CUACA TERKINI: Hujan Lebat, Ribut Petir Di 10 Negeri Petang Ini

 INFO CUACA TERKINI: Hujan Lebat, Ribut Petir Di 10 Negeri Petang Ini
Advertisement

Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di 10 buah negeri sehingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh negeri Pulau Pinang, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Advertisement
Advertisement

“Selain itu, bagi kawasan di negeri Kedah, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Langkawi, Kuala Muda, Sik Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak, di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Advertisement

“Sementara itu, di Pahang, membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong, selain di Selangor pula di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya hari ini.

Advertisement
Advertisement

Tambahnya, cuaca tidak menentu itu juga dijangka akan melanda negeri Johor di kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi. – K! ONLINE

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *