Advertisement

Berita baik bagi rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah idaman mereka sendiri. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah menawarkan satu skim perumahan iaitu PR1MA khususnya kepada golongan mereka yang berpendapatan sederhana memiliki hartanah kediaman. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon PR1MA secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi PR1MA.

Perbadanan PR1MA Malaysia atau ringkasnya PR1MA adalah satu projek perumahan mampu milik di bawah Akta PR1MA 2012 yang menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden. Tujuan PR1MA ditubuhkan untuk membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi di kawasan bandar utama khas buat berpendapatan isi rumah sederhana.

Advertisement

Cara Mohon Rumah PR1MA Online Bagi Golongan Berpendapatan Rendah / Sederhana

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang PR1MA Homes termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri-ciri perumahan, cara permohonan dan soalan lazim :

Apa itu PR1MA?

Perbadanan PR1MA Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Advertisement

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti dan bandar mempunyai pelbagai jenis dan saiz dengan harga antara RM100,000 sehingga RM400,000.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA

Antara kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas semasa permohonan dibuat
  • Advertisement
  • Individu atau keluarga dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
  • Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

Ciri-Ciri Kediaman PR1MA

Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps. Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

Senarai Projek Perumahan PR1MA

Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk makluman lanjut sila layari ke https://sales.pr1ma.my/my/.

Cara Permohonan Rumah PR1MA Online

1. PENDAFTARAN

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/ atau ke portal PR1MA https://www.pr1ma.my/.

2. PELANCARAN

Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media.

3. PERMOHONAN

Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

4. PENGUNDIAN

Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

Advertisement

5. PEMILIHAN UNIT

Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan

6. PEMBIAYAAN

Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.

7. PERJANJIAN JUAL BELI

Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

8. PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG

Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

Nota : Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA adalah seperti salinan kad pengenalan dan slip gaji atau penyata bank terkini.

Soalan Lazim PR1MA

1. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?

Ya, anda boleh mendaftar.

2. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?

Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM15,000.

Advertisement

3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?

Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.

4. Berapakah jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar?

Jumlah yuran tempahan yang perlu dibayar ialah RM500.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim PR1MA lebih lanjut sila ke https://www.pr1ma.my/faq

Untuk sebarang pertanyaan, maklum balas dan cadangan yang ingin dikongsi, anda boleh hubungi di:⁣

Pusat Panggilan PR1MA⁣

📞: 03 – 7628 9898⁣
📧: info@pr1ma.my⁣
🌐: www.pr1ma.my⁣

*Isnin – Ahad 9 pg – 6 ptg (Tutup pada cuti umum Negeri Selangor)*⁣

Penafian : Laman web MyNetizen tiada sebarang kaitan dengan PR1MA. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang makluman terkini sebagai pengetahuan sahaja. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi PR1MA.

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.