BERITA TERKINI: WHO Cadang Individu Imun Lemah Diberi Dos Vaksin COVID-19 Ketiga

 BERITA TERKINI: WHO Cadang Individu Imun Lemah Diberi Dos Vaksin COVID-19 Ketiga
Advertisement

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan individu dengan sistem imun yang lemah diberikan dos tambahan semua vaksin Covid-19 yang diiktiraf.

Advertisement

Ia menerusi saranan daripada panel penasihat vaksin WHO, Kumpulan Pakar Penasihat Strategik Badan Kesihatan (Sage).

Advertisement

Advertisement

Menurut pertubuhan itu, individu berusia lebih 60 tahun yang sudah menerima vaksin Sinovac dan Sinopharm China harus diberikan dos vaksin ketiga Covid-19.

Pakar menekankan mereka tidak mengesyorkan tambahan dos untuk populasi pada umumnya.

Advertisement

Sage mengadakan pertemuan empat hari minggu lalu untuk meninjau maklumat dan data terkini mengenai pelbagai vaksin untuk Covid-19 dan penyakit lain.

Vaksin yang berbeza juga boleh diberikan berdasarkan pertimbangan bekalan dan akses vaksin.

Advertisement

Sage memaklumkan negara yang ingin melaksanakanya perlu untuk memaksimumkan pemberian dua dos kepada populasi kemudian memberikan dos ketiga, bermula dengan kelompok usia tertua.

 

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *