BERITA TERKINI: Umat Islam Dilarang Terbabit Kerja-Kerja Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain

 BERITA TERKINI: Umat Islam Dilarang Terbabit Kerja-Kerja Bersihkan Rumah Ibadat Agama Lain
Advertisement

Umat Islam tidak boleh melibatkan diri dalam kerja gotong royong membersihkan rumah ibadat agama lain.

Itu tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) termasuk mengulas isu tular membabitkan sekumpulan pelajar  membersihkan sebuah kuil yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Advertisement

PMWP berkata, perkara itu dibimbangi boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kategori membantu ke arah kesyirikan yang sama sekali jelas dilarang dalam Islam.

“Membersihkan rumah ibadat adalah satu bentuk kerjasama atau bantuan yang secara langsung menjurus kepada membantu ritual dan amalan agama lain,” katanya. 

Advertisement

 

Bagaimanapun, katanya, Islam sama sekali tidak menegah umatnya daripada menunaikan hak kemanusiaan lain termasuk membantu orang bukan Islam yang terkesan dengan sebarang musibah atau yang memerlukan bantuan melalui cara lain. 

Advertisement

 

Jelasnya lagi, umat Islam digalakkan membersihkan rumah kediaman dan harta benda mereka (orang bukan Islam) serta menghulurkan bantuan kewangan dan barang keperluan. 

 

Menurut PMWP, perbezaan agama tidak menghalang kita daripada berbuat baik kepada sesiapa sahaja atas dasar kemanusiaan. 

 

Ads by Kiosked

“Namun demikian, Islam juga menggariskan batas-batas yang perlu dijaga dan dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah kita,” katanya. 

Advertisement

 

Sementara itu, PMWP turut menasihatkan  masyarakat awam supaya tidak tergesa-gesa menghukum sesuatu perbuatan atau percakapan itu sebagai terkeluar daripada Islam sebaliknya merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa agama.

 

“Ini bagi mengelakkan fenomena bermudah-mudahan dalam kafir mengkafir sesama umat Islam sehingga mencetuskan huru hara dalam masyarakat,” katanya. 

 

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak turut serta membersihkan kuil Hindu di Taman Kelang Utama, Klang, Selangor. 

Advertisement

 

Ada segelintir pihak mengecam tindakan pelajar itu termasuk ada yang menyifatkan ia sebagai satu perkara yang syirik serta boleh memesongkan akidah. 

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang turut mengulas isu berkenaan berkata, beliau mahu isu itu tidak dipolemikkan mana-mana pihak dan tidak diperbesar-besarkan sehingga menambahkan kekeliruan orang ramai.

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *