BERITA TERKINI: Terbukti Pengambilan Vaksin COVID-19 Berkesan

 BERITA TERKINI: Terbukti Pengambilan Vaksin COVID-19 Berkesan
Advertisement

Kajian-kajian menunjukkan suntikan vaksin Covid-19 membuktikan ia mampu menangani jangkitan, kemasukan ke hospital dan kematian walaupun penularn varian Delta telah menjadi dominan.

Advertisement

Terdapat tiga kajian yang mengambil data dari kawasan Amerika Syarikat (AS) yang berbeza menilai kekuatan perlindungan vaksin.

 

Advertisement

Satu kajian melihat lebih daripada 600,000 kes Covid-19 di 13 negeri, yang mewakili sekitar satu per empat daripada penduduk Amerika Syarikat, antara bulan April dan Julai dan menyimpulkan individu yang tidak diberi vaksin sepenuhnya lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan kematian akibat virus tersebut.

Advertisement

Mereka 4½ kali lebih mungkin daripada individu yang divaksin untuk dijangkiti, 10 kali lebih mungkin untuk dimasukkan ke hospital dan 11 kali lebih mungkin mati akibat coronavirus, menurut kajian itu.

Perlindungan vaksin terhadap kemasukan ke hospital dan kematian tetap kukuh walaupun varian Delta adalah bentuk jangkitan yang dominan.

Advertisement

Keberkesanan vaksin telah mendorong jangkitan menurun menjadi 78% daripada 91%, menurut hasil kajian

Kajian-kajian tersebut menunjukkan beberapa penemuan serupa dalam beberapa minggu lalu.

“Seperti yang telah kami tunjukkan, kajian demi kajian, vaksinasi memang berfungsi,” kata Dr Rochelle Walensky, Pengarah Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit semasa taklimat di White House.

Advertisement

Satu lagi kajian dilakukan di lima Pusat Perubatan Hal Ehwal Veteran, mendapati perlindungan terhadap kemasukan ke hospital menurun dengan usia, hingga 80 peratus untuk mereka yang berusia 66 tahun ke atas, turun dari 95 peratus untuk orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun.

Kajian kedua pula mendapati keberkesanan vaksin menurun pada usia 75 tahun.

Penemuan ini dapat membantu mengenal pasti populasi yang mungkin memerlukan dos tambahan atau pengambilan tambahan. – NY Time & MG

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *