BERITA TERKINI: Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Tambah Semula Antibodi

 BERITA TERKINI: Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Tambah Semula Antibodi
Advertisement

Pakar epidemiologi terkemuka China, Zhong Nanshan menggesa supaya orang awam mengambil dos penggalak, sebagai pelindung kepada jangkitan wabak COVID-19.

Advertisement

Beliau turut mengakui kesukaran untuk mencapai keseimbangan di antara pembangunan ekonomi dan usaha menangani pandemik itu.

Advertisement

Advertisement

“Enam bulan selepas menerima dos lengkap, sama ada vaksin jenis virus tidak aktif atau jenis mRNA, tahap antibodi menurun dengan ketara,” katanya dalam forum yang diadakan di Guangzhou.

Zhong turut menyentuh usaha Guangzhou dalam melawan wabak itu pada Mei lalu dan memaklumkan vaksin COVID-19 tempatan, selamat serta berkesan mengawal penularan varian Delta di bandar berkenaan.

Advertisement

“Tiada seorang pun daripada pesakit yang mendapat pelalian mengalami gejala serius, disebabkan oleh varian Delta, ketika penularan wabak itu di Guangzhou pada Mei lalu,” katanya.

Advertisement

Guangzhou melaporkan jangkitan pertamanya pada 21 Mei lalu dan berakhir pada 18 Jun lalu. – AGENSI

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *