Advertisement

Suntikan dos keempat yang diberikan kepada sejumlah penduduk Israel dilihat kurang berkesan mencegah penularan varian Omicron.

Advertisement

Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Sheba, suntikan vaksin dos keempat meningkatkan sedikit antibodi, namun masih belum mencukupi memberikan perlindungan penuh daripada jangkitan Omicron.

Advertisement

Advertisement

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Israel, Gili Regev-Yochay berkata, kajian itu secara tidak langsung menunjukkan antibodi yang amat tinggi diperlukan untuk mencegah jangkitan dan vaksin sedia ada belum mencapai tahap itu, biarpun diberi dalam sejumlah dos.

Advertisement

Kajian itu disifatkan yang pertama dilakukan, selain belum diterbitkan dalam mana-mana jurnal perubatan.

Advertisement

Israel menjadi antara wilayah paling cepat memberikan suntikan dos keempat kepada penduduknya sebagai usaha memerangi penularan Covid-19. – REUTERS

Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.