[RASMI] – Sidang Akhbar Pembubaran DUN Melaka, 3 Petang Ini

 [RASMI] – Sidang Akhbar Pembubaran DUN Melaka, 3 Petang Ini
Advertisement

Satu sidang akhbar berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam berkenaan kemelut politik Melaka dijangka diadakan pada pukul 3 petang ini.

Advertisement

Utusan Malaysia difahamkan, Mohd. Ali dipercayai sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan kemelut politik yang sedang melanda sejak Jumaat lalu.

Pengumuman itu bakal dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Advertisement

Spekulasi bertiup kencang mendakwa, isi penting sidang akhbar berkenaan adalah melibatkan pemberitahuan pembubaran DUN Melaka.

Advertisement

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, surat permohonan menghadap Mohd. Ali oleh 11 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan empat ADUN kerajaan yang menarik sokongan, dihantar pada pukul 2.30 petang semalam.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh Utusan Malaysia dengan kepala surat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Katil, ia dialamatkan kepada Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri, ditandatangani oleh Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Advertisement

Sementara itu, Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri, Nur Azmi Ahmad dilaporkan berkata, tiada sebarang kunjungan hormat ke atas Mohd. Ali boleh dilakukan oleh mana-mana wakil parti politik hingga Khamis ini.

Advertisement

Katanya, ini kerana Mohd. Ali sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Sept lalu, selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 dan tempoh kuarantin berakhir pada hari tersebut.

“Jika beliau masuk pejabat Jumaat ini, mungkin beliau akan bagi keputusan untuk berjumpa atau tidak hari itu. Semua bergantung kepada keputusan beliau,” katanya.

Terbaharu, jemputan rasmi berkenaan sidang akhbar itu sudahpun diterima para pengamal media. – UTUSAN ONLINE

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *