BERITA TERKINI: Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib Kuarantin

 BERITA TERKINI: Rakyat Boleh Melancong Luar Negara Tetapi Balik Wajib Kuarantin
Advertisement

Serentak pengumuman rentas negeri berkuatkuasa esok, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air dan kebenaran itu juga mula berkuatkuasa esok.

Advertisement

Menurut beliau, keputusan pemansuhan itu antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah serta bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.

“Namun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin dan di sebalik semua kelonggaran ini, hakikatnya kita terpaksa hidup bersama virus Covid-19.

Advertisement

“Situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.

Advertisement

“Untuk itu, mereka yang belum divaksin, segera berbuat demikian, kerana banyak kelonggaran telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan lebih teruk, selain mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19 serta mengurangkan beban sistem kesihatan.

Kata Ismail, data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan pula 88 peratus.

Advertisement

Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha itu.

Antara langkah itu ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu ujian pengesanan Covid-19, melaporkan keputusan ujian, melakukan kuarantin, segera memaklumkan kepada kontak rapat dan mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan (CAC).

Advertisement

Beliau turut mengingatkan pemilik premis kedai makan, runcit, pusat beli belah, fasiliti sukan termasuk gymnasium, pejabat dan lain-lain untuk memeriksa status vaksinasi dan status risiko Covid-19 pelanggan dalam aplikasi MySejahtera.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan risiko berlakunya jangkitan dalam premis adalah rendah.

“Besar harapan saya, kita semua terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia,” katanya.

Mengenai lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata, kawasan itu masih ditutup kepada semua pihak sehingga KKM mengumumkan penamatannya. – MalaysiaGazette

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *