BERITA TERKINI: PM Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

 BERITA TERKINI: PM Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
Advertisement

KERAJAAN hari ini melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM Keluarga Malaysia) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendekatan diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu satu inisiatif tepat pada masanya dan langkah penampan yang boleh kerajaan berikan kepada rakyat memerlukan.

Advertisement

“Insiatif kediaman ini akan menjadi teduhan kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan, sehingga tidak lagi mampu membayar sewa rumah yang tinggi,” katanya ketika melancarkan inisiatif itu di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri turut mengumumkan Inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit.

Advertisement

Katanya, keputusan itu dibuat setelah perbincangan antara KPKT dan pihak berkuasa negeri, dan akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan.

“Saya memahami bahawa 1,000 unit rumah di 11 kawasan PPR yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.

Advertisement

“Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

“Justeru, setelah perbincangan antara KPKT dan Pihak Berkuasa Negeri, sukacita saya umumkan bahawa Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit,” katanya.

Selain itu, bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kepada penerima inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia, beliau memaklumkan semua penerima manfaat akan diberi pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Advertisement

“Pengecualian bayaran sewa ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. Ini bagi membolehkan penerima manfaat, khususnya ketua isi rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga,” katanya.

Tambahnya, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“InsyaAllah, langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah RM18.84 juta,” katanya. – Malaysiapost

Advertisement

MyNetizen

1 Comment

  • Sya sngt memerlukn rumah untuk keluaga sya..kerana skrg sya masih menumpang rumah mertua sya..harap pihak berkenaan tdak terlepas pandang org2 seperti sya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *