BERITA TERKINI: Pesawat F-35 Terhempas Di Timur Laut Mediterranean

 BERITA TERKINI: Pesawat F-35 Terhempas Di Timur Laut Mediterranean
Advertisement

Sebuah pesawat pejuang, F35 milik Britain ditempatkan di kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth terhempas di timur Laut Mediterranean, semalam.

Bagaimanapun, juruterbangnya sempat menyelamatkan diri dan dibawa ke kapal pengangkut pesawat itu, lapor Defense News.

Advertisement

Pesawat F-35B boleh mendarat secara menegak dan ia merupakan salah sebuah daripada lapan pesawat jenis itu berada atas kapal pengangkut tersebut yang pulang dari Timur Jauh.

Advertisement

Pesawat F-35 itu merupakan salah sebuah daripada 24 buah yang diterima Britain.

Advertisement
Advertisement

Britain memesan 48 pesawat jenis itu namun mahu membeli 138 buah walaupun bilangannya mungkin akan dikurangkan.

Sebanyak 10 buah pesawat F-35-B milik Marin Amerika Syarikat (AS) ditempatkan di atas kapal pengangkut tersebut.

Advertisement

Kementerian Pertahanan berkata, kemalangan berlaku pada jam 10:00 GMT semasa operasi rutin dari kapal pengangkut itu. Tiada pesawat lain terlibat.

Siasatan mengenai punca kemalangan sedang dilakukan, katanya. – Defense News

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *