VIRAL HARI INI: Pesakit Enggan Ambil Vaksin COVID-19 Perlu Tanggung Sendiri Kos Perubatan

 VIRAL HARI INI: Pesakit Enggan Ambil Vaksin COVID-19 Perlu Tanggung Sendiri Kos Perubatan
Advertisement
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksinasi atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan disediakan bermula 8 Disember depan.
Pengumuman itu dibuat Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin selepas majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
“Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa terhadap pesakit COVID-19 yang layak mendapat vaksinasi, namun memilih untuk tidak berbuat demikian,” ujar kementerian itu lagi.
Difahamkan, kos perubatan individu yang belum menerima dos lengkap masih akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember depan.
Di bawah peraturan baharu itu, pemerintah juga hanya akan menanggung sepenuhnya kos perubatan rakyat tempatan, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang sudah menerima dos lengkap serta tidak melakukan perjalanan ke luar negara bermula 1 Januari 2022.
Advertisement
“Pendekatan khas ini akan terus dilakukan sehingga situasi COVID-19 menjadi stabil,” jelasnya sambil menambah individu tidak boleh mendapatkan vaksin kerana masalah tertentu termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan diberikan bantuan sama.
Dalam perkembangan lain, Singapura membuka sempadan kepada pengembara dari Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina bermula Khamis ini.
Mereka perlu menunjukkan keputusan negatif ujian pantas antigen (ART) dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.
Pemerintah turut mengumumkan 23 negara yang sebelum ini tersenarai sebagai negara berisiko tinggi termasuk Laos dan India juga akan diberikan kelonggaran sama.
Advertisement
Pengembara dari negara berkenaan bagaimanapun masih perlu menjalani notis duduk di rumah (SHN) selama 10 hari dan boleh memilih untuk menjalani tempoh kuarantin tersebut di kediaman atau hotel.
Selain itu, Singapura juga turut menambah tiga lagi negara di bawah skim Laluan Perjalanan bagi orang yang divaksin (VTL) iaitu Malaysia, Sweden dan Finland sekali gus menambah kuota harian kepada 6,000 daripada 4,000 pengembara bermula 29 November depan.
Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF), Gan Kim Yong memaklumkan individu yang sudah menerima dos lengkap dan isi rumah yang sama boleh ‘dine-in‘ dalam kumpulan terdiri sehingga lima orang bermula Rabu.
Di bawah pelonggaran sekatan tersebut, perhimpunan sosial juga dihadkan kepada dua individu sehari, manakala jumlah pengunjung di kediaman masih kekal kepada dua orang sehari.
Kim Yong turut menjelaskan pihak berkuasa juga akan melaksanakan siri pelonggaran lain di bawah program perintis untuk golongan sudah menerima dos lengkap melakukan aktiviti seperti bersukan dan acara sosial lain dengan langkah pengurusan yang selamat.
“Lebih banyak kegiatan di sekolah termasuk sesi pembelajaran secara bersemuka akan disambung semula,” ujar Menteri Perdagangan dan Industri itu lagi. – AGENSI

Advertisement

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *