BERITA TERKINI: Pelajar Tidak Divaksin Masih Boleh Ke Sekolah

 BERITA TERKINI: Pelajar Tidak Divaksin Masih Boleh Ke Sekolah
Advertisement

Terdapat sebilangan kecil ibu bapa yang masih belum bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Advertisement

Bagaimanapun, katanya tiada data khusus berhubung jumlah pelajar terbabit memandangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja baharu sahaja dilaksanakan.

“Memang ada (yang belum bersedia), saya telah melawat banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa negeri tetapi jumlahnya amat kecil, tetapi kita belum ada angka sebenar kerana program ini masih berjalan, namun sekecil manapun ia perlu diambil perhatian.

Advertisement
Advertisement

“Saya rasa kalau kita perkenalkan atau memulakan sesuatu sudah tentu masih ada segelintir kecil yang belum bersedia (menerima) atas sebab tertentu, walaupun telah banyak (kebaikan) dimaklumkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat program PICK Remaja di PPV Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya pelbagai langkah diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memberi penerangan kepada ibu bapa dan pelajar tentang kepentingan vaksinasi, termasuk menyediakan kaunter maklumat dan kaunseling di setiap PPV.

Advertisement

Mah berkata KPM tidak akan menghalang pelajar yang masih belum mengambil vaksin Covid-19 untuk hadir ke sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka 3 Okt nanti, namun pihaknya akan terus memberi penerangan kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik dan hospital, sekiranya mengalami kesan sampingan atau gejala serius selepas suntikan vaksin, selain mengemas kini data kesihatan di aplikasi MySejahtera.

Advertisement

Sementara itu beliau berkata sebanyak 33.3 peratus daripada lebih 2 juta murid berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam, manakala 4.5 peratus telah lengkap vaksinasi, membabitkan 687 PPV.

“Di Negeri Sembilan, seramai 24.1 peratus telah menerima dos pertama dan 4.7 peratus telah lengkap dua dos, yang dilaksanakan di 44 PPV di seluruh negeri ini,” katanya.

– Bernama

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *