BERITA TERKINI: Orang Utan Malaysia Jalani Ujian Saringan Covid-19

 BERITA TERKINI: Orang Utan Malaysia Jalani Ujian Saringan Covid-19
Advertisement

Buat pertama kalinya, orang utan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan di sini, menjalani ujian saringan Covid-19.

Advertisement

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Augustine Tuuga berkata, inisiatif itu diambil pihaknya untuk menjamin kesihatan hidupan berkenaan dan pemantauan berterusan tetap dilaksana mengesan sebarang simptom jangkitan.

Advertisement

Katanya, setakat ini hasil ujian itu mendapati semua 30 orang utan berkenaan negatif Covid-19.

“Ujian saringan juga akan diulang dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi memastikan virus Covid-19 tidak menular dalam kalangan hidupan liar.

“Ini kali pertama orang utan di Malaysia menjalani ujian saringan Covid-19 sejajar keutamaan kita dalam memastikan kesihatan serta kebajikan veterinar hidupan liar pada tahap terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya, ujian saringan itu dilaksana pasukan veterinar JHLS dan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) diketuai Dr Rosa Sipangkui, Dr Nabila Sarkawi dan dibantu Dr Mischellena Samanthan serta Dr Umamaheswary Kalamanathan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JHLS yang juga Ketua WRU Sabah, Dr Sen Nathan berkata, langkah itu diambil kerana ditakuti hidupan liar berkenaan dijangkiti Covid-19, berikutan peningkatan kes jangkitan virus iu di Sabah, ketika ini.

Advertisement

Katanya, kebimbangan juga disebabkan ada antara penjaga hidupan liar dan kakitangan di kedua-dua fasiliti JHLS disahkan positif Covid-19.

Menyokong inisiatif itu adalah pertubuhan Orangutan Appeal UK (OUAK) yang membantu menyumbang dana untuk kit ujian antigen Covid-19, ‘pulse oximeter’ dan ubat-ubatan buat orang utan serta kakitangan di Sepilok dan WRU.

Pengerusi OUAK, Datuk Sue Sheward berkata, pihaknya bangga dapat membantu dalam usaha memastikan populasi orang utan tidak diancam jangkitan Covid-19.

Advertisement

“Orang utan berkongsi 96.4 peratus DNA dengan manusia, jadi sangat penting kita melaksanakan ujian saringan terhadap hidupan liar itu dalam usaha untuk melindungi mereka.

“Begitu juga kesihatan dan kebajikan kakitangan adalah sangat penting kerana mereka terus bekerja sepanjang pandemik bagi menjaga hidupan liar sama seperti sebelum ini,” katanya.

Tahun ini, OAUK juga menyokong aktiviti konservasi yang dilaksanakan Unit Konservasi Spesies Terancam yang baru diwujudkan di bawah JHLS berpusat di Lahad Datu, selain WRU dan Sepilok Orangutan Appeal.

SUMBER – HARIAN METRO

Advertisement

MyNetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *